comscore
Tumpuan :
Politik

PAS tidak tergugat saingan di Tumpat

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan hadir ke majlis ramah mesra bersama 20 Persatuan Anak-Anak Muda Kelantan di sebuah kafe di Kota Bharu, petang tadi.

Oleh Nurul Amalina Zainudin

KOTA BHARU: Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan tiada tindakan tatatertib yang akan dikenakan terhadap penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang mengumumkan bertanding di parlimen itu atas tiket Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, penyertaan Che Abdullah ke dalam BN adalah isu peribadi dan menyifatkan tindakan yang dikatakan bertujuan menebus maruah itu tidak masuk akal.

“Saya tak faham macam mana dia nak tebus maruah, biasanya kalau nak tebus maruah bawa kes ke mahkamah ke atau ke mana-mana lah, itu kena tanya dia masuk sebagai calon tu untuk apa, boleh jadi kalau menang tu maruah dia terbela ka, tak tahu lah.” katanya.

Keahlian Che Abdullah sebagai ahli PAS gugur serta merta selepas mengumumkan akan mempertahankan kerusi tersebut menggunakan tiket BN.

Ia berikutan parti itu membuat keputusan meletakkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, Datuk Mumtaz Md Nawi sebagai calon Parlimen Tumpat.

Begitupun, Datuk Seri Takiyuddin yakin penyertaan Che Abdullah untuk bertanding di parlimen itu, sedikitpun tidak menggugat parti itu di Tumpat.

“Berdasarkan pengalaman, siapa yang keluar daripasa PAS tu biasanya tidak akan mendapat sokongan. Secara umum, kalau dia menjadi calon untuk parti lain, katalah Barisan Nasional, sudah tentu orang PAS tak sokong dia, dan yang keduanya ahli Barisan Nasional itu sendiri pun tak semua sokong dia, sebab dia ada orang lain yang menjadi ketua dia.” katanya ketika majlis ramah mesra bersama 20 persatuan anak-anak muda Kelantan di sebuah kafe di Kota Bharu, petang tadi.

Dalam pada itu, beliau menolak spekulasi bakal berlaku kejutan menjelang penamaan calon bagi Parlimen Ketereh, kerana Datuk Khlir Mohd. Nor telah diisytihar sebagai calon parlimen itu, dan watikah pelantikan calon telah ditandatangani sebelum diserahkan malam nanti.

Loading...
Terkini