comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PASCA PRU-15: 10 EXCO Kerajaan Negeri Perak angkat sumpah

KUALA KANGSAR: 10 Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Mereka terdiri daripada 3 wakil rakyat Barisan Nasional, BN.

Manakala selebihnya mewakili Pakatan Harapan, PH selepas dua gabungan itu membentuk kerajaan perpaduan.

Majlis berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Balai Istiadat Kecil, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Turut berangkat sama ke majlis berkenaan, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Majlis angkat sumpah dimulakan oleh Adun Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Ini diikuti Adun Sungai Rapat, Datuk seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Adun Sungkai , – A. Sivanesan, Adun Jalong – Loh Sze Yee, Adun Temengor- Salbiah Mohamed dan Adun Aulong, – Teh Kok Lim.

Turut mengangkat sumpah, – Adun Teja – Sandrea Ng Shy Ching, Adun Belanja, – Khairudin Abu Hanifah, Adun Tualang Sekah, – Mohd Azlan Helmi dan Adun Pasir Berdamar – Woo Kah Leong.

Mereka menandatangani surat pelantikan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed.

Semalam Saarani mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke 15 selepas dicalonkan gabungan BN-PH.

Pada PRU-15, BN memperoleh 9 kerusi DUN, manakala PH pula memenangi 24 kerusi, membolehkan kedua-dua gabungan itu membentuk majoriti mudah, 33 daripada 59 kerusi di DUN Perak.

Perikatan Nasional, PN pula memperoleh 26 kerusi DUN.

Loading...
Terkini