comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PASCA PRU-15 : Agong adakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah. akan mengadakan perbincangan khas Raja-Raja Melayu esok di Istana Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan Istana Negara memaklumkan perbincangan khas itu bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi baginda membuat membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Kenyataan Media. – FOTO: Facebook/ Istana Negara

Turut dimaklumkan Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima menghadap wakil-wakil Barisan Nasional dan Gabungan Parti SarawaK secara berasingan di Istana Negara, pagi tadi.

Sesi menghadap itu lanjutan daripada sesi menghadap ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional secara berasingan bermula jam 4.30 petang semalam.

Sesi menghadap ketua-ketua gabungan adalah susulan hasil pengesahan calon Perdana Menteri yang telah dimaklumkan oleh ketua-ketua parti dan ketua gabungan parti politik kepada Istana Negara semalam didapati bahawa tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat majoriti mudah untuk dilantik Perdana Menteri ke 10.

Seri Paduka Baginda menyeru seluruh rakyat dan semua pihak untuk terus istiqamah dan bertenang sehingga proses membentuk kerajaan baharu selesai.

 

Loading...
Terkini