comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PASCA PRU-15: Belum ada keputusan, mesyuarat bersambung esok

 

Oleh Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) masih belum mencapai kata sepakat untuk menentukan gabungan parti bagi membentuk kerajaan.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata perbincangan masih diteruskan memandangkan istana negara telah bersetuju melanjutkan tempoh bagi memuktamadkan calon Perdana Menteri ke 10 sehingga 2 petang esok.

“Saya rasa kita masih menunggu dan akan teruskan perbincangan di peringkat dewan tertinggi BN. Setakat ini saya tak boleh memberikan apa-apa kerana belum ada satu kata putus.Kita melihat kesemua kemungkinan .Ya jadi setakat ni belum lagi muktamad macamana saya nak beritahu mana satu”.

Menurut beliau, keputusan akan diketahui dalam mesyuarat yang akan bersambung esok.

Turut senada, Presiden MIC,Tan Sri SA Vigneswaran yang memaklumlan pendirian MIC tertakluk kepada keputusan esok.

“Mereka akan menentukan esok dan buat yang terbaik untuk negara”.

Difahamkan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bermula sekitar 2.30 petang tadi selesai selepas dua jam berlangsung.

Ia dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Hadir sama Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan serta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Loading...
Terkini