comscore
Tumpuan :
Politik

PASCA PRU-15: Belum ada yang kemukakan calon PM ke-10

KUALA LUMPUR: Setakat petang ini masih tiada sebarang pergerakan masuk ke Istana Negara membabitkan pemimpin tertinggi gabungan parti politik untuk mengemukakan nama seorang calon Perdana Menteri Ke-10 kepada Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan, setiap gabungan akan menghantar nama calon Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri itu sebelum jam 2 petang esok selaras dengan lanjutan yang diperkenankan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Parti politik kini memiliki tambahan sekurang-kurangnya 24 jam lagi untuk merundingi pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sementara itu, baginda menzahirkan keperihatinannya apabila berkenan bertemu dan menyumbang makanan kepada petugas media yang hadir ke Istana Negara sejak awal pagi hingga petang, hari ini.

Dalam masa sama, baginda menyeru seluruh rakyat untuk bersabar dan bertenang dalam menanti keputusan rasmi sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai.

Loading...
Terkini