comscore
Tumpuan :
Politik

PASCA PRU-15: BN mulakan mesyuarat bincang hal kerjasama bentuk kerajaan

KUALA LUMPUR: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) mengadakan mesyuarat penting petang ini dalam usaha memutuskan pendirian untuk menyokong gabungan parti bagi membentuk kerajaan.

Mesyuarat difahamkan bermula jam 2.30 petang tadi, dipengerusikan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, beberapa pemimpin BN dilihat tiba di Menara Dato Onn bagi menghadiri mesyuarat itu, antaranya Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan serta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan Dewan Tertinggi BN akan membuat keputusan berhubung sokongan mereka kepada mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“Mana-mana individu tandatangan SD (akuan bersumpah) lain adalah tidak sah kerana melanggar SD ditandatangani untuk menjadi calon. Ahli Parlimen BN akan membuat keputusan berdasarkan perundingan jawatankuasa dibentuk,” katanya.

Setakat petang ini, Perikatan Nasional (PN) mendakwa sudah cukup bilangan untuk membentuk kerajaan, sementara Pakatan Harapan (PH) belum mencukupi bilangan kerusi diperlukan.

Loading...
Terkini