comscore
Tumpuan :
Politik

PASCA PRU-15: BN, PH setuju kerjasama bentuk kerajaan di Perak

IPOH: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) hari ini, bersetuju untuk mengadakan kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri Perak.

Dalam satu kenyataan bersama, perincian mengenai ketetapan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan itu, BN dan Pakatan HARAPAN secara bersama telah memenangi 33 kerusi majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak pada PRU -15 .

Justeru, demi kepentingan rakyat dan negara, BN dan Pakatan HARAPAN Perak telah bersetuju untuk membentuk kerajaan negeri Perak

Loading...
Terkini