comscore
Tumpuan :
Politik

PASCA PRU-15: GRS sokong Muhyiddin PM ke-10 – Hajiji Noor

Oleh Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil keputusan menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10 dan bersetuju membentuk Kerajaan Persekutuan bersama PN.

Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS dalam satu kenyataannya berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Muhyiddin semalam.

“GRS berpandangan adalah perlu pembentukan Kerajaan Persekutuan dilaksanakn pada kadar segera untuk memastikan Kerajaan dapat berfungsi sepenuhnya, khususnya dalam memuktamadkan penggubalan belanjawan untuk tahun 2023.”

“GRS sentiasa komited untuk membawa citra kesatuan demin kepentingan rakyat.” katanya .

Tambah Datuk Seri Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, beliau turut mengalu-alukan parti lain yasng bersedia untuk membentuk kerjasama.

Kenyataan yang disertakan gamabr itu turut kelihatan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun serta beberapa pemimpin tempatan Sabah dalam pertemuan terbabit.

Semalam sokongan sama dikeluarkan dalam kenyataan media berasingan oleh Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Openg diikuti Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam satu sidang media kelmarin di Sri Gaya, Kediaman Rasmi Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sepakat bersama Tan Sri Abang Johari untuk membentuk “Blok Borneo” dan akan bekerjasama dan memberi sokongan dengan Kerajaan Persekutan yang stabil.

Keputusan rasmi PRU-15 di Sabah menyaksikan gabungan GRS-BN memenangi 13 kerusi daripada 25 kerusi Parlimen Sabah masing-masing memenangi enam dan tujuh kerusi diikuti satu kerusi PN menjadikan jumlah 14 kerusi.

Terdahulu Tan Sri Abang Johari dalam satu kenyataan berkata GPS bersetuju bergabung dengan BN, PN dan GRS untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Kenyataan Tan Sri Abang Johari itu dibuat selepas Muhyiddin menerima kunjungan daripada Abang Johari yang dimuat naik di laman Facebook beliau hari ini.

Selain Premier Sarawak, turut hadir dalam pertemuan berkenaan ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Loading...
Terkini