comscore
Tumpuan :
Politik

PASCA PRU-15: Kami terima keputusan rakyat, BN sedia jadi pembangkang – Tok Mat

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bersatu membentuk kerajaan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, BN bersedia menjadi pembangkang yang akan memainkan peranan semak dan imbang terhadap kerajaan baharu.

“Kami BN menerima keputusan rakyat yang menolak BN. Maka kami ini tak ada kuasa untuk menubuhkan kerajaan.

“Saya cadangkan biarlah PN dan PH bergabung tubuh kerajaan sebab mereka mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi. BN bersedia menjadi pembangkang yg bertanggungjawab ‘check and balance’ kerajaan baru.

“Walaubagaimanapun, jika bantuan kami diperlukan dalam waktu peralihan pasca PRU ini, kami tetap sedia menyumbang kepada pembukaan bicara yang ikhlas dan terbuka,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Mohamad berkata, sekiranya kerajaan tidak dapat dibentuk, maka beliau menggesa agar tidak menyalahkan BN.

“Ini hasil daripada proses yang demokratik, untuk memulangkan mandat kepada rakyat. Kami hanya menghormati keputusan itu,” tambahnya.

Awal hari ini, Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa rundingan antara PH dan BN untuk membentuk kerajaan gabungan berlangsung di Hotel Seri Pacific.

Beliau berkata, perbincangan itu tertumpu kepada pembentukan kerajaan inklusif dan meningkatkan ekonomi.

Istana Negara mengumumkan bahawa tarikh akhir bagi parti untuk mengemukakan nombor gabungan mereka dan calon untuk jawatan perdana menteri telah ditangguhkan kepada 2 petang esok.

Loading...
Terkini