comscore
Tumpuan :
Politik

PASCA PRU-15: Kerjasama BN, PH: penyelesaian dicapai pagi ini?

Oleh Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang tidak dapat mencapai kata putus semlam berhubung kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan akan diteruskan di Menara Dato Onn di sini pagi ini.

Dalam masa beberapa jam lagi, BN perlu membuat keputusan bersama dengan mengambil kira semua kemungkinan terutamanya pendirian 30 Ahli Parlimennya yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Jika berjaya dimuktamad, Ahli Parlimen BN akan menandatangani akuan bersumpah menyokong PH membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

Apa pun, seawal jam 7 pagi tadi petugas media telah ‘berkampung’ di lobi Menara Dato Onn, yang merupakan ibu pejabat UMNO.

Setakat laporan ini disiarkan, belum ada kelibat mana-mana pemimpin yang kelihatan.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan melanjutkan tarikh akhir untuk parti politik mengemukakan akuan bersumpah berhubung calon pilihan perdana menteri kepada 2.00 petang hari ini.

Lanjutan itu susulan daripada permohonan daripada ketua parti-parti politik dan gabungan parti-parti politik yang telah diterima oleh pihak Istana Negara.

Loading...
Terkini