comscore
Tumpuan :
Politik

PASCA PRU-15: Kerjasama PH, BN, tiada rundingan rasmi – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: “Tidak ada pertemuan dengan Pakatan Harapan (PH),” kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ringkas selepas tamat sesi sidang media membabitkan 26 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Hotel Seri Pacific, di sini, pagi ini.

Kenyataan itu dilihat bercanggah apabila kehadiran beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan termasuk Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berada di lokasi sama sejak jam 10 pagi lagi.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri berkata, mereka juga belum menandatangani Akaun Bersumpah (SD) bagi memilih calon Perdana Menteri ke-10 dan pembentukan kerajaan persekutuan.

“SD tak ‘sign’ lagi. Tetamu (PH) datang sini, takkan tak layan. Kita borak-borak, salam-salam. Macam biasa.

“BN akan meminta penangguhan penyerahan SD kepada Speaker Dewan Rakyat,” katanya.

Loading...
Terkini