comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PASCA PRU-15: “Ketetapan Dewan Tertinggi BN adalah arahan besar, semua Ahli Parlimen BN wajib ikut”

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk SerI Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan 26 ahli parlimen daripada 30 yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan menyokong keputusan Dewan Tertinggi BN untuk bergabung dengan mana-mana parti.

Bagaimanapun, beliau berkata, dua daripadanya tidak dapat menghadiri perjumpaan yang diadakan di Hotel Seri Pacific di sini pagi tadi, kerana tidak sihat.

“Kami putuskan ketetapan dan arahan yang diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN adalah arahan besar yang wajib diikuti semua Ahli Parlimen kerana kita semua bertanding atas tiket BN,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Antara yang berada pada sidang media itu ialah pimpinan UMNO dan BN iaitu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Turut kelihatan, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini