comscore
Tumpuan :
Politik

PASCA PRU-15: Mohd Shukri tiba di Istana, angkat sumpah MB Perlis

 

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli tiba di Istana Arau bagi upacara angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis yang baharu.

Kenderaan dinaiki beliau dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 1.50 petang tadi.

Mohd Shukri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional P-N Perlis, dijadual mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis pada 3.30 petang ini.

Namun difahamkan beliau tiba lebih awal bagi tujuan raptai.

Media hanya dibenarkan memasuki istana pada 3.20 petang nanti.

Istiadat mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan itu berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Mohd Shukri, 61 tahun hadir memakai baju Melayu hitam lengkap bersamping hitam.

Beliau sebelum itu singgah menunaikan solat Zohor di Masjid Negeri Arau.

Kejayaan P-N membentuk kerajaan negeri Perlis menyaksikan peralihan kerusi Menteri Besar yang sebelum ini dikuasai kerajaan Barisan Nasional BN sejak tahun 1959.

Mohd Shukri menang DUN Sanglang sejak Pilihan Raya Umum ke-13 PRU-13.

Pada PRU-15, beliau menang kerusi itu dengan majoriti 3,335 sekaligus menewaskan calon BN, Pakatan Harapan PH dan Warisan.

Loading...
Terkini