comscore
Tumpuan :
Politik

PASCA PRU-15: Muhyiddin beredar dari Istana Negara

KUALA LUMPUR: Kenderaan membawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana Negara melalui pintu dua pada jam 5.15 selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau bagaimanapun tidak memberhentikan kenderaannya untuk bertemu petugas media yang sudah bersedia menemubualnya di pekarangan pintu dua Istana Negara.

Bekas Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU sebelum itu tiba di Istana Negara pada jam 4.08 petang bagi membincangkan isu pelantikan Perdana Menteri ke-10 dan keputusan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Turut tiba Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menitahkan Muhyiddin dan Anwar menghadap baginda, susulan tiada Ahli Dewan Rakyat yang didapati mendapat majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Loading...
Terkini