comscore
Tumpuan :
Politik

PASCA PRU-15 : Perak umum senarai portfolio Exco

Oleh Shaharil Kadir

IPOH : Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan portfolio bagi Exco kerajaan perpaduan pasca Pilihan Raya Umum ke 15.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN, Kota Tampan kekal memegang portfolio Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC.

Perkara itu diumumkan Saarani selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri bertempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

FOTO: Facebook/ Perak Kini

Adun Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun pula bertanggungjawab bagi portfolio Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan.

Adun Sungai Rapat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menerajui portfolio Infrastruktur, Tenaga, air dan Pengangkutan Awam.

Manakala Adun Sungkai, A.Sivanesan dilantik Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India.

Portfolio Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor dipegang Adun Jalong, Loh Sze Yee.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan disandang Adun Temengor, Salbah Mohamed.

Adun Aulong Teh Kok Lim selaku Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

Sementara itu, Adun Teja, Sandrea Ng Shy Ching dipilih sebagai Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Adun Belanja, Khairudin Abu Hanipah: portfolio Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Adun Tualang Sekah, Mohd Azlan Helmi Helmi: portfolio Komunikasi, Multimedia dan NGO, Adun Pasir Berdamar, Woo Kah Leong: portfolio Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina.

Sementara itu mesyuarat pertama exco bersetuju supaya mesyuarat pertama dan kedua tahun pertama, Dewan Negeri Perak ke 15 Perak Darul Ridzuan akan diadakan pada 19 disember depan bagi membolehkan bajet 2023 dibentangkan.

Loading...
Terkini