comscore
Tumpuan :
Politik

PASCA PRU-15: PH atau PN? Ahli Parlimen BN mula bermesyuarat

KUALA LUMPUR : Pemimpin dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mula tiba di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pagi ini ketika kemelut pembentukan kerajaan dan pemilihan Perdana Menteri Ke-10 dijangka mencapai kemuncak hari ini.

Setakat jam 10 pagi tadi, tiga Ahli Parlimen BN dilihat masuk ke WTC KL untuk menghadiri mesyuarat berkenaan, antaranya Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menang kerusi Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ia disusuli Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan.

Ditanya mengenai agenda mesyuarat hari ini, Sin Woon memaklumkan, BN akan memutuskan pendirian gabungan berkait pembentukan kerajaan pasca PRU-15.

“Untuk putuskan (pendirian BN),” jawabnya ringkas kepada pemberita.

Semalam, Ahli Parlimen dan pimpinan tertinggi PH hadir ke Hotel Seri Pacific di sebelah Ibu Pejabat UMNO untuk berunding dengan pimpinan UMNO dan BN mengenai kerjasama kedua-dua gabungan yang diketahui umum bermusuh itu bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Ia susulan Yang di-Pertuan Agong menitahkan parti dan gabungan politik yang berjaya membentuk kerjasama bagi memperoleh sekurang-kurangnya majoriti mudah 112, untuk menamakan calon Perdana Menteri Ke-10 sebelum jam 2 petang ini.

Pada PRU-15, tiada mana-mana pihak berjaya memperoleh 112 kerusi Parlimen, menyebabkan tiada pihak dapat membentuk kerajaan sehingga hari ini. Tiga blok utama, iaitu PH menang jumlah kerusi tertinggi 82, diikuti PN dengan 73 dan BN mendapat 30 kerusi.

Loading...
Terkini