comscore
Tumpuan :
Politik

PASCA PRU-15: Saarani mengadap Sultan Perak

Saarani akan menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta. FOTO NSTP

IPOH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Saarani Mohamad yang menaiki kereta jenis Volvo dilihat memasuki pintu utama Istana Kinta untuk mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini.

Saarani yang juga Menteri Besar Perak, tiba di perkarangan dan memasuki istana berkenaan dengan kereta berwarna hitam itu pada kira-kira jam 12.28 tengahari.

Kehadiran Saarani di Istana Kinta dipercayai bagi mempersembahkan situasi politik semasa Perak ketika ini. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini