comscore
Tumpuan :
Politik

PASCA PRU-15: Zahid, Ismail Sabri hadir pertemuan BN, PH

 

KUALA LUMPUR: Cakap-cakap mengenai kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) semakin bertiup kencang, apabila pemimpin kedua-dua gabungan itu dilapor mengadakan perjumpaan di Hotel Seri Pacific, di Kuala Lumpur pada jam 10 pagi, hari ini.

Ia dipercayai bagi mengadakan rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi pembentukan kerajaan persekutuan.

Pemimpin BN yang hadir ialah Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Kelibat pemimpin PH pula yang kelihatan ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari.

Sementara itu, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Hotel Seri Pacific jam 10.30 pagi hari ini.

 

 

 

Loading...
Terkini