comscore
Tumpuan :
Politik

PAU 2023: Pemuda UMNO tak jemput mereka, mahu selesai hal ‘adik beradik’ dulu – Dr. Akmal

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO tidak akan menjemput parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) bagi sayap pemuda yang akan berlangsung minggu depan.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata pihaknya mahu ‘memperbetulkan’ dulu apa yang berlaku di ‘rumahnya’ sebelum menjemput mana-mana parti.

“Insya-Allah untuk persidangan kali ini Pemuda UMNO tidak akan menjemput mana-mana parti dalam konvensyen kita.

Saya ambil kesempatan kali ini untuk perbaiki dulu rumah kita.

Adik-beradik kita ini ada yang rasa tidak berpuas hati dan rasa keliru.

Dah la dia keliru dalam rumah kita, jadi (kalau) kita jemput orang lain datang, dia akan bertambah keliru,” katanya menerusi satu wawancara bersama Harian Metro di Menara Dato’ Onn di sini.

Ahli Dewan Undangan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu berkata sesi persidangan sayap pemuda parti yang akan berlangsung minggu hadapan akan menjadi pentas bagi ahli pemuda untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati selain ia adalah ruang untuk pihaknya memberikan penjelasan.

“Ini adalah ruang untuk kita memperbaiki kelemahan kita, duduk bersama adik-beradik kita ini, kita terangkan. Ini ‘floor’ kita. Biarlah kita bercakap seluas-luasnya,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut menjelaskan pihaknya tidak menjemput parti lain dalam persidangan sayap pemuda tidak bermakna mereka tidak boleh bersama-sama.

“Tidak. Ini hanyalah Perhimpunan Pemuda UMNO Malaysia, ini perhimpunan bersama kami. Biarlah kami selesaikan antara kami (dahulu). (Kalau) dah ok antara kami, kita boleh panggil (parti lain) tahun hadapan,” katanya.

Loading...
Terkini