comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pembahagian kerusi PRN bakal dimuktamadkan dalam masa terdekat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan kali kedua di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), malam ini.

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Pengagihan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan parti di dalam Kerajaan Perpaduan akan dimuktamadkan dalam tempoh singkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan ia akan dibincang secara terperinci oleh jawatankuasa yang dibentuk membabitkan semua di dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

“Dalam proses.. akan dimuktamadkan dalam masa singkat,kemajuan baik. Tapi kita tak bincang ‘detail’ sebab ada jawatankuasa yang terlibat akan berbincang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan kali kedua di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), malam ini.

Turut sama hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar turut menyatakan satu konvensyen bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan bagi tentukan hala tuju, pemikiran dan dasar yang sama.

Loading...
Terkini