comscore
Tumpuan :
Politik

Pemecatan Isham Jalil diputuskan MT UMNO

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.- Foto: NSTP

PETALING JAYA: Keputusan memecat  Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) Isham Jalil daripada parti itu dibuat oleh Majlis Tertinggi Parti  adalah muktamad.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat tanpa perlu melalui jawatankuasa disiplin parti.

” Tindakan mengkritik presiden tidak menjadi pertimbangan bagi keputusan itu dibuat,” katanya ketika ditanya sama ada keputusan berkenaan sebagai amaran kepada pihak yang mengkritik UMNO dan presiden parti.

” Tetapi apabila menghina parti sendiri dan mengecilkan UMNO sebagai sebuah parti yang dianggotainya, ertinya tindakan dilakukan MT supaya tidak ada usaha ‘tikus membaiki labu’ dalam UMNO itu sendiri,” katanya.

Datuk Seri Zahid berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan Isham bahawa dia tidak diadili oleh jawatankuasa disiplin parti dan keputusan pemecatan dibuat oleh presiden parti.

Loading...
Terkini