comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PEMILIHAN UMNO 2023 : Noraini gesa setiap ahli bersatu hati

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. – FOTO: NSTP

PETALING JAYA : Ahli UMNO terutama anggota pergerakan wanita, diseru  bersatu hati meneruskan perjuangan bagi memperkukuhkan lagi parti bukan sahaja di hati ahli, malah di mata rakyat.

Gesaan itu dinyatakan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad selepas berjaya mempertahankan jawatan itu dengan menewaskan pencabarnya, Tan Sri Shahrizat Jalil yang membuat kemunculan semula pada pemilihan kali ini.

Dalam hantaran di facebooknya petang tadi, beliau mengucapkan terima kasih kepada wanita UMNO seluruh negara atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Tambah Noraini, beliau tidak akan mensia-siakan kepercayan yang telah diberi.

Beliau turut menzahirkan rasa hormat kepada Shahrizat di atas segala teguran dan pandangan.

Katanya, perkongsian itu akan dijadikan panduan menuju ke hadapan.

Loading...
Terkini