comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemilihan UMNO: Khaled, Wan Rosdy dahului saingan Naib Presiden

KUALA LUMPUR: Penyandang jawatan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendahului saingan merebut jawatan naib presiden pada pemilihan parti itu, petang ini.

Mereka masing-masing berjaya meraih dua undi setakat jam 2.20 petang tadi.

Sementara itu, penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, masing-masing meraih satu undi, setakat ini.

Turut bersaing merebut jawatan Naib Presiden UMNO ialah, Ahli MKT, Datuk Hasni Mohamad dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan ahli UMNO Iskandar Puteri, Dr Mohd Yusof Musa. — BERITA HARIAN

Loading...
Terkini