comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemilihan UMNO: Menang atau kalah, terus bantu kukuhkan parti – Mahdzir Khalid

Oleh Kumaran Rajamoney

PADANG TERAP: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengajak calon yang bertanding dalam pemilihan untuk kekal setia bagi membantu memperkukuhkan parti itu dalam apa keadaan sekalipun.

Menyifatkan pemilihan parti sebagai proses demokrasi yang perlu dilalui UMNO, beliau mahu setiap calon dan penyokong kembali bertaut segera terutamanya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri tahun ini.

“Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua. Kepentingan kita adalah dalam memastikan UMNO terus kuat.

“Sebagai orang parti kita perlu kekal membantu dan membina semangat yang tinggi.”

Beliau yang bertanding bagi mempertahankan jawatan Naib Presiden menambah, pemilihan ini akan menjadikan UMNO lebih dinamik dengan gandingan barisan kepimpinan baharu dan lama.

Jelasnya, beliau menyerahkan kepada lebih 190,000 perwakilan UMNO untuk membuat pilihan calon pilihan mereka bagi jawatan Naib Presiden yang ditandinginya itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengundi di Bahagian Padang Terap bersama lebih 700 perwakilan.

Untuk rekod, Datuk Seri Mahdzir menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Bahagian UMNO Padang Terap.

Loading...
Terkini