comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pemilihan UMNO: Muka baharu Naib Presiden mampu beri suntikan & idea

 

KUALA LUMPUR: Pemilihan UMNO yang berlangsung semalam menyaksikan 54 muka baharu Ketua UMNO Bahagian dipilih.

Ia menunjukkan parti itu semakin dinamik dan perwakilan berani melakukan perubahan mengikut saluran yang betul.

Gabungan dua muka baharu Naib Presiden pula mampu memberi suntikan untuk memperkasakan parti dengan idea dan pendekatan terkini.

Pengalaman dan idea segar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilihat signifikan dalam menarik semula sokongan masyarakat kepada UMNO.

Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr. Ismail Sualman berkata, dua pemimpin itu membawa dua latar belakang berbeza iaitu pengalaman di negeri Pantai Timut dan di kawasan bandar.

“Sokongan UMNO menipis menghakis. ini satu usaha kedua tokoh ini bagaimana menarik minat orang menyokong UMNO terutama di luar bandar dan masyarakat bandar itu sendiri,” katanya.

Tambahnya, buat masa ini tidak perlu lagi ada sentimen yang menunjukkan parti itu berpuak-puak.

Katanya, pemikiran itu seperti membebankan UMNO hingga boleh merencatkan masa depan parti itu.

Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 menyaksikan dua muka baharu antara yang mengisi tiga jawatan Naib Presiden.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy dan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari masing-masing memperoleh 127 dan 110 undi.

Manakala, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled yang mempertahankan jawatan mendapat 116 undi.

Loading...
Terkini