comscore
Tumpuan :
Politik

Pemilihan UMNO: Wan Rosdy, Khaled, Johari terus ungguli saingan Naib Presiden

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani terus mendahului saingan Naib Presiden dalam pemilihan UMNO kali ini.

Menerusi paparan jumlah undian yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook UMNO Online, Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang itu sedang mendahului dengan 119 undian setakat jam 11.30 pagi ini.

Beliau diikuti rapat oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang sudah memperoleh 110 undi.

Berada di kedudukan ketiga, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dengan 98 undi.

Calon-calon lain termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman pula mendapat 66 undi, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (45) Datuk Hasni Mohammed (41), Datuk Seri Mahdzir Khalid (34) dan Dr. Mohd Yusof Musa (0).

Tiga calon yang memperoleh undi tertinggi dari bahagian-bahagian akan mengisi tiga slot jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO kali ini.

Paparan jumlah undi yang disiarkan secara langsung di Facebook UMNO Online

Dalam persaingan merebut 25 kerusi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pula, dua menteri dan tiga timbalan menteri antara yang mendahului.

Bekas Menteri Kewangan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar Zambry Abd Kadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Kerja Raya Abdul Rahman Mohamad mendahului saingan ketika ini.

Shamsul mendahului saingan dengan 152 undi, diikuti rapat oleh Zambry (149). Manakala, Tengku Zafrul memperoleh 146 undi dan Ahmad Maslan pula 141 undi.

Calon lain termasuk Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin; ahli MKT Puad Zarkashi; bekas menteri besar Terengganu Ahmad Said; bekas Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim; bekas Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub; bekas Ahli Parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahlan; serta Lokman Noor Adam.

Sebanyak 189 bahagian berhak mengundi pada pemilihan parti.

Loading...
Terkini