comscore
Tumpuan :
Politik

Pemimpin Politik Perlu Elak Perbalahan, Cetus Situasi Tak Stabil Dalam Negara

KOTA TINGGI: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menuntut pemimpin politik di negara ini mewujudkan perpaduan dan kestabilan dalam kalangan mereka, demi kepentingan negara.

Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata selain rakyat, peranan sebegitu juga mesti ditonjol dan diterapkan orang politik ini bagi mengelak perbalahan sehingga mencetuskan situasi tidak stabil dalam negara.

Beliau yang juga Menteri Kanan Kerja Raya berkata, orang politik sepatutnya meletakkan keutamaan berbanding kepentingan peribadi dalam usaha memacu negara keluar daripada masalah pandemik COVID-19 dan membantu merancakkan kembali ekonomi.

“Paling penting, semua parti politik atau orang politik mesti fokus untuk membangunkan negara kita, ini pendirian GPS.

“Negara berdepan pelbagai cabaran, alhamdulillah kita dapat buka semula ekonomi, sempadan negara sebab kita sudah mampu tangani COVID-19.

“Bagaimanapun, lebih utama kini adalah macam mana kita mahu bina semula negara supaya kedudukan ekonomi bertambah kukuh, rakyat dapat pekerjaan dan ekonomi berkembang.

Ini dapat dicapai jika kita mendapat kestabilan politik,” katanya selepas jelayah FTRoadpedia Zon Selatan anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR), semalam. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini