comscore
Tumpuan :
Politik

Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf adalah cadangan yang baik – Mohamad Hasan

FOTO: NSTP

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Tuntutan Pemuda UMNO supaya DAP membuat permohonan maaf secara terbuka kepada parti itu dilihat sebagai satu cadangan yang baik.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sekiranya DAP berbesar hati untuk memohon maaf, ianya bagus memandangkan kedua-dua parti itu bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

“Tak ada apa masalah. Ia cadangan yang baik bagi saya.

Kalau DAP bermurah hati untuk memohan maaf kepada rakyat Sarawak, jadi ia tak ada isu pun.

Kalau boleh, Alhamdulillah. Lagi bagus kerana kita akan (terus) bekerjasama dalam satu kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mestuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini hari ini.

Sebelum ini, Pemuda UMNO menuntut DAP membuat permohonan maaf secara terbuka atas semua kata-kata dan tohmahan yang pernah dilemparkan kepada UMNO sehingga mengguris hati semua ahli parti itu hingga kini.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata jika DAP boleh membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini, mengapa tidak kepada UMNO.

Loading...
Terkini