comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Penantian 60 tahun PAS tawan Perlis

Pengerusi PN Perlis yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli ditemui di kediaman Mursyidul Am PAS, Dato Hashim Jasin.

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

ARAU: Penantian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk menguasai pentadbiran Negeri Perlis berakhir apabila berjaya menguasai 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-15.

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata, kejayaan PAS melalui gabungan Perikatan Nasional (PN) yang memenangi keseluruhan kerusi Parlimen dan hampir semua kerusi DUN di Perlis adalah diluar jangkaan.

“Kita sendiri pun bincang dengan PN tak jangka boleh capai kemenangan menjadikan 14 daripada 15 kerusi DUN Perlis sebab ini kali 15 kita (PAS) masuk pilihan raya.

“Dulu kita menang di DUN Sanglang majoriti 53 undi, itu habis tenaga. Mana nak jangka kali ini menang majoriti hampir 4,000 undi.

“Tahun 1960 saya bersama PAS dan dari waktu itu saya nak lihat Perlis diperintah PAS. Alhamdulillah. Maka dalam Islam tak susah untuk dapat jawapan kerana pegangan dalam ajaran Islam sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH, ALLAH akan bagi jalan keluar,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Simpang Empat.

FOTO Mursyidul Am PAS, Dato Hashim Jasin

Menurutnya, PAS juga tidak menjangkakan akan menang di kawasan DUN Mata Ayer, Kuala Perlis dan Pauh kerana kerusi-kerusi terbabit tidak pernah dimenangi.

“Negeri yang kita (PAS) perintah bersih daripada rasuah, fasal kita menyampaikan ajaran Islam, bukan kita mula dari segi politik Tok Guru Aziz meneroka.

“Belum jadi Menteri Besar kita tak berbangga dengan jawatan tapi anggap ini satu tanggungjawab dan amanah dengan ALLAH. Bila disemai macam itu, bersihlah 30 tahun memerintah.

Hashim berkata, PAS tidak seperti pemimpin tertentu yang lebih memberi keutamaan untuk kepentingan diri, bukan rakyat.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga Pengerusi PN Perlis, Mohd Shukri Ramli turut ditemui di kediaman Datuk Hashim.

Bagaimanapun Mohd Shukri enggan mengulas lanjut tentang siapa bakal Menteri Besar Perlis.

Namun, media telah dimaklumkan Majlis Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis akan berlangsung pada 3 petang, 25 November ini. -BULETIN TV3

Loading...
Terkini