comscore
Tumpuan :
Politik

Pendirian DAP ikut keputusan PH

Lim Guan Eng ketika ditemui media selepas Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Dewan Undangan Negeri, Lebuh Light, Georgetown hari ini. – Foto: NSTP

GEORGETOWN: Pendirian DAP berhubung keputusan membentuk kerajaan perpaduan dengan bergabung bersama Barisan Nasional (BN) adalah sejajar dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH).

Pengerusinya, Lim Guan Eng berkata pihaknya akan memberi sokongan terhadap keputusan yang diambil PH dan ia dibuat secara bersama memandangkan DAP adalah sebahagian daripada PH.

“Jadi saya tidak mahu cakap lebih daripada itu kerana ia adalah keputusan yang kita ambil bersama bukan sahaja dalam mesyuarat CEC (Jawatankuasa Tertinggi Pusat). Terpulang kepada pimpinan tertinggi PH kita akan sokong keputusan yang mereka buat.

“Kita sebahagian PH jadi kalau PH ada polisi itu (bergabung dengan BN) kita bersamalah dengan keputusan PH,” katanya ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Guan Eng ketika disoal adakah beliau akan atau sudah mengadakan pertemuan bersama kepimpinan tertinggi PH behubung perkara tersebut enggan mengulas lanjut.

“Saya baru sampai dari Kuala Lumpur dan bergegas ke sini untuk (menghadiri) pembentangan bajet,” katanya.

Loading...
Terkini