comscore
Tumpuan :
Politik

Pengguguran Che Abdullah didakwa sudah dirancang

Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Penyandang Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang digugurkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) didakwa wujud unsur sabotaj.

“Pengguguran Datuk Che Lah (Che Abdullah Mat Nawi) sebagai calon di Tumpat adalah suatu yg terjangka sebenarnya. Kerana PAS kawasan Tumpat bergolak di mana ada percubaan untuk menjatuhkan Datuk Che lah sebagai Yang di-pertua PAS Tumpat sebab itu keputusan pemilihan parti yg dimenangi oleh Datuk Che Lah digantung sesi yang lalu,” kata Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.

Diminta mengulas mengenai penyandang Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang turut digugurkan beliau menyifatkan tindakannya itu berjiwa besar.

Beliau difahamkan Nik Mohamad Abduh ingin memberi laluan kepada muka baharu untuk bertanding di kerusi Parlimen Bachok.

“Nik Abduh saya difahamkan beliau menarik diri dari dicalonkan di Parlimen Bachok untuk beri laluan kepada muka baharu dan tu adalah jiwa besar beliau yang melibatkan pertandingan PRU kali ini,” katanya kepada TV3 hari ini.

Di Parlimen Bachok, Perikatan Nasional (PN) Kelantan mempertaruhkan calon muka baharu yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Muhamad Shahir Che Sulaiman sebagai calon.

Manakala, bagi kerusi Parlimen Tumpat EXCO Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Datuk Mumtaz Md Nawi dicalonkan di kerusi berkenaan.

Loading...
Terkini