comscore
Tumpuan :
Politik

Pengisytiharan kekosongan kerusi Kuala Kubu Baharu dibuat minggu depan – Speaker DUN

Mendiang Lee Kee Hiong

KUALA LUMPUR: Pengisytiharan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu susulan kematian penyandang mewakili DAP, Lee Kee Hiong akan dibuat selewat-lewatnya minggu depan sebaik segala urusan pengebumian mendiang selesai.

Speaker DUN Selangor, Lau Weng San berkata, pada masa ini, urusan pengebumian mendiang belum selesai yang dijangka diuruskan esok.

“Kekosongan kerusi itu akan diuruskan sesudah mendapat dokumen daripada keluarga mendiang. Buat sementara ini, biar ahli keluarga uruskan (pengebumian) dulu,” katanya.

Kee Hiong, 58, yang menjadi ADUN Kuala Kubu Baharu sejak 2013 meninggal dunia Isnin lalu selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

Beliau kali pertama mewakili kawasan itu pada 2013 apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini