comscore
Tumpuan :
Politik

Pengundi muda mahu suara didengari dalam melakar masa depan- Sivaraj

Oleh: Kumaran Rajamoney

KULIM: Keputusan pengundi muda dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Parlimen Padang Serai amat penting dalam memahami idelogi kumpulan itu dalam melakar masa depan negara.

Calon Barisan Nasional (BN) Padang Serai, Datuk Sivaraj Chandran berkata suara golongan muda harus dikaji dengan mendalam dan terperinci supaya perancangan kerajaan menepati aspirasi mereka.

“Kerajaan harus melihat dari kaca mata orang muda tentang apa yang mereka mahu dalam masa 10 tahun akan datang. Sebab itu setiap undi dari golongan muda ini amat penting.”

“Mereka perlu aktif dalam soal pemilihan pemimpin. BN melakukan kempen berterusan menggalakkan mereka mengundi, terutamanya pengundi yang berada di luar Padang Serai.”

Untuk itu, pelbagai pendekatan katanya dilakukan termasuk secara bersemuka dan capaian menerusi media sosial.

“Mereka ini ada rasa bahawa perlu diberi kepentingan, dan suara mereka didengari. Ini termasuk dalam soal membentuk polisi negara serta lain-lain keputusan yang penting.”

“Bukan bantuan yang mereka dambakan sebaliknya mereka mahukan pimpinan politik yang melakar masa depan negara yang diimpikan. Itu yang mereka mahu,” katanya ketika ditemui pada siri kempen bertemu golongan muda di sini, semalam.

Loading...
Terkini