comscore
Tumpuan :
Politik

Pengundi terima calon muka baharu BN – Tok Mat

Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan

Oleh: Izzatie Rizan

REMBAU: Tindakan drastik dan berani Barisan Nasional (BN) menampilkan lebih 70 peratus muka baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15(PRU-15), mendapat reaksi yang amat positif dan menggalakan dari rakyat.

Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perubahan sikap pengundi itu jelas setiap kali turun berkempen, jika dibandingkan ketika PRU-14.

“Maklum balas daripada Pengerusi Badan Perhubungan yang saya terima mendapati calon muda yang ditampilkan diterima dengan baik pengundi di kawasan mereka.

“Ini dapat dilihat melalui bahasa tubuh yang ditunjukkan pengundi, cara mereka menerima kehadiran calon, yang jelas amat berbeza daripada Pilihan Raya sebelum ini, kita faham orang menerima kita atau pun tidak,” katanya ketika ditemubual dalam Buletin Utama hari ini.

Katanya, calon muda yang diangkat pada pilihan raya kali ini mempamerkan kredibiliti dan melaksanakan tugas dengan baik dan ini juga menandakan BN melihat kepada masa depan, untuk melatih pemimpin muda yang mempunyai potensi.

Jelas beliau lagi, apapun yang penting jentera perlu mendokong dan membawa calon berkenaan.

Loading...
Terkini