comscore
Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal maut terperosok bawah lori

FOTO: PLUS

PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah lori dalam kemalangan di Kilometer 22.2 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) arah selatan, dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, polis menerima laporan kejadian kira-kira jam 9 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan lelaki tempatan berusia 19 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha R15.

“Motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh ke bawah lori yang berada di kiri jalan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

M Hussin berkata, kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohammad Najib Mohd Azaman di talian 012-3526147 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini