comscore
Tumpuan :
Politik

PH sokong BN bentuk Kerajaan Pahang

Oleh Fazli Ahmad

KUANTAN: Pakatan Harapan (PH) Pahang secara rasmi mengumumkan menyokong Barisan Nasional (BN) untuk menubuh Kerajaan Negeri.

Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi kenyataan media petang ini memaklumkan keputusan itu dicapai hasil mesyuarat gabungan parti itu hari ini.

“PH Pahang sebulat suara memberi sokongan secara rasmi membentuk kerajaan Pahang bersama dengan BN.

“Ini berdasarkan kepada jumlah kerusi DUN secara keseluruhan dimenangi BN (16 kerusi) dan PH (8 kerusi) melebihi majoriti mudah.

“Kami berharap kerajaan Pahang pasca PRU-15 dapat dibentuk demi menjamin pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar untuk kepentingan rakyat.” katanya.

Sumber memaklumkan perbincangan antara PH dan BN berlangsung Selasa lalu dan sehari kemudian Perikatan Nasional (PN) turut berunding dengan BN untuk menjalin kerjasama di Pahang.

Difahamkan hasil perbincangan itu PH dan PN menyokong Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kekal sebagai Menteri Besar.

Kerajaan Pahang tergantung selepas tiada parti meraih majoriti mudah 22 kerusi pada PRU-15, 19 November lalu.

Loading...
Terkini