comscore
Tumpuan :
Politik

PKR bina kekuatan di Kelantan, Terengganu

Foto NSTP – Rafizi bercakap sesuatu dengan Nik Nazmi ketika hadir pada Konvensyen Pilihan Raya PKR Negeri Kelantan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Kelantan, di sini hari ini.

KOTA BHARU: PKR akan melaksanakan rancangan lima tahun bagi membina kekuatan parti di Kelantan dan Terengganu.

Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli, berkata pendekatan itu adalah perancangan jangka masa panjang sebelum berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Beliau berkata, rancangan lima tahun itu dijangka dilancarkan akhir Februari depan sebelum ia bermula pada 1 Mac nanti

“Menerusi rancangan lima tahun sehingga 2028 itu, ia akan memberi penekanan kepada kemahiran keanggotaan PKR di Kelantan dan Terengganu, kualiti dan kehadiran anggota membabitkan masyarakat.

“Pada masa sama, rancangan itu juga bagi membina keyakinan rakyat di dua negeri berkenaan supaya melihat kelebihan pada anggota PKR, berbanding situasi sekarang mereka tidak yakin dengan parti kita.

“Untuk usaha berkenaan, pimpinan PKR di peringkat pusat akan turun padang bagi membantu pimpinan negeri supaya usaha yang dilaksanakan itu berjaya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pilihanraya Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden PKR merangkap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan dan Terengganu, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berharap semua anggota PKR di negeri berkenaan mengambil peluang itu bagi memastikan PKR diterima masyarakat.

Dalam perkembangan lain, Rafizi turut memaklumkan PKR akan melancarkan koperasinya bulan depan.

“PKR mempunyai seramai 1.2 juta anggota dan kita sasarkan 20 hingga 30 peratus daripada jumlah keahlian itu menyertai koperasi terbabit.

Loading...
Terkini