comscore
Tumpuan :
Politik

PKR dakwa Azmin tanam minat nak jadi PM

Calon PH Parlimen Titiwangsa yang juga Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad. -Foto: NSTP

GOMBAK: Pemimpin PKR mendakwa penyandang calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletak keinginan tinggi untuk menjadi Perdana Menteri jika gabungan mereka menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad turut mendakwa Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR lebih berminat untuk mengejar jawatan politik, dari berkhidmat kepada rakyat.

“Kerana kelakuan Azmin dan kuncu-kuncunya maka kerajaan dipilih hancur. Sebab Azmin nak jadi Perdana Menteri. Tak sabar dia nak jawatan besar.

“Saya masih ingat lagi malam kita menang pada 2018, Azmin punya takut, dia takut kita (PH) letak di kementerian yang ‘junior’, jafi dia lobi Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad), Abang Mat (Mohamad Sabu) untuk dapatkan sokongan jadi Menteri Besar Selangor.

“Akhirnya dia dapat Menteri Besar Selangor. Bila dapat jawatan menteri ekonomi, dia tinggalkan Menteri Besar. Segala-galanya bagi dia adalah jawatan, takyat tak dapat apa-apa, dia pentingkan kuasa,” katanya berucap pada Jelajah Mega Harapan di AU2 Taman Keramat di sini malam ini.

Majlis berkenaan turut menampilkan Pengerusi PH merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Nik Nazmi yang juga calon PH Parlimen Setiawangsa turut meminta pengundi Parlimen Gombak, menolak Azmin pada PRU kali ini.-BERITA HARIAN

Loading...
Terkini