comscore
Tumpuan :
Politik

PKR pertaruh Hasni Abas di Sembrong

Setiausaha Pengelola PKR Johor, Hasni Abas (kanan) bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: PKR hari ini mengumumkan calon terakhir bagi kerusi yang akan ditandingi parti itu di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Parti itu mempertaruhkan Setiausaha Pengelola PKR Johor, Hasni Abas di Parlimen Sembrong.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata ia antara tiga kerusi yang tidak diumumkan PKR ketika pengumuman 72 calon parti itu di Semenanjung pada Jumaat lalu.

Kerusi Sembrong turut diintai DAP bagi Parlimen Tapah, ia akan ditandingi calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), manakala Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Sungai Siput.

Beliau berkata, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menamakan Naib Presiden PKR, K Saraswathy di Parlimen Tapah dan penyandang, S Kesavan akan mempertahankan Parlimen Sungai Siput.

Loading...
Terkini