comscore
Tumpuan :
Politik

PM-10: Pemimpin Hamas ucap tahniah kepada Anwar

Ismail Haniyeh ucap tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Dalam surat ucapan tahniahnya, Ismail mengharapkan sokongan berterusan Anwar terhadap perjuangan Palestin dan mendoakan kejayaan beliau memimpin Malaysia dan perjuangan untuk umat Islam serta rakyat.

“Sambil kami mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama, kami mengingati dengan penuh rasa bangga atas pendirian anda untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dan Masjid Al-Aqsa yang diberkati,” ujarnya.

“Kami berharap dapat meneruskan usaha ini dengan pendirian lebih berani dan tabah sehingga rakyat kami memperoleh hak penuh, negara kami dibebaskan daripada penjajahan kejam dan negara Palestin yang merdeka diwujudkan dengan Al-Quds sebagai ibu kota kekal,” katanya dalam surat bertarikh 24 Nov.

Salinan surat itu dikongsikan kepada media Malaysia lewat Jumaat.

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini pada Khamis.-BERNAMA

Loading...
Terkini