comscore
Tumpuan :
Politik

PM Hadir Perjumpaan Khas UMNO

Oleh: Juliana Sharin

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Perhimpunan Khas UMNO di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO dan Perdana Menteri, di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO itu dilihat memakai kemeja merah berlogo parti tiba jam 2.40 petang dan diiringi beberapa pemimpin UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dah Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba 5 minit sebelum itu, jam 2:35 petang.

764 wakil Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Wanita Bahagian dan Ketua Puteri Bahagian dari 191 Bahagian UMNO dari seluruh negara dijemput hadir pada pertemuan ini.

Difahamkan perjumpaan khas ini akan membincangkan persediaan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) termasuk daripada aspek calon dan jentera.

Loading...
Terkini