comscore
Tumpuan :
Politik

PM mohon maaf tidak hadir ke Jelajah Perpaduan MADANI

Oleh Shuhadah Marzuki

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada warga Taman Medan dan Dusun Tua kerana tidak hadir ke Jelajah Perpaduan MADANI yang dijadualkan pada Khamis lalu.

Anwar melalui hantaran di Facebook menjelaskan, ketidakhadiran itu berikutan keperluan beliau menyantuni Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang mengadakan lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari bermula 2 Ogos.

Bagaimanapun, Anwar akan ke Taman Medan esok pada jam 9.00 malam sebelum ke Ampang 10.00 malam dan Hulu Kelang 11.00 malam.

“Saya ingin mengajak semua pendukung perpaduan untuk hadir bersama dan nyatakan sokongan kepada calon PH-BN di Selangor,” kata Anwar.

Proses pengundian untuk pilihan raya negeri (PRN) Selangor dijadualkan pada 12 Ogos ini sama seperti PRN di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Loading...
Terkini