comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PM nafi buat tawaran kepada PAS

 

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan beberapa pemimpin PAS terdapat wakil daripada kerajaan menawarkan kepada parti itu untuk berkerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurut Datuk Seri Anwar, beliau tidak dimaklumkan berhubung perkara itu malah ia tidak pernah dibincang di peringkat pimpinan tertinggi kerajaan.

“Itu tanya dialah mungkin daripada ketua rantingkah saya tidak tahu, tapi tidak pernah sampai dan tidak pernah dibincang di peringkat pimpinan yang saya tanya dalam PH atau BN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil “Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia”, di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan pernah dihubungi beberapa kali daripada ‘orang tertentu’ yang menawarkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Loading...
Terkini