comscore
Tumpuan :
Politik

PN Kedah syukuri kemenangan bergaya di 13 kerusi parlimen

Pengerusi PN negeri Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

Oleh Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Kemenangan Perikatan Nasional (PN) di 13 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan di Parlimen negeri Kedah mengesahkan keyakinan yang tinggi rakyat negeri itu kepada kerajaan negeri.

Pengerusi PN negeri Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kejayaan ini turut membuktikan bahawa Kerajaan Negeri sedang berada di landasan yang betul selari dengan kehendak rakyat Kedah.

“Kita hanya kalah tipis di Sungai Petani dan tertangguh pengundian di Padang Serai.”

“Ia mengesahkan rakyat percaya usaha yang dijalankan dalam melaksanakan pelbagai program untuk kesejahteraan rakyat. Rakyat juga mahukan Kerajaan Pusat yang seiring dan sehaluan dengan Kerajaan Negeri dan diterjemahkan melalui keputusan yang dibuat di peti-peti undi.”

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas PN yang telah membantu memenangkan calon parti itu.

“Terima kasih juga kepada para pemilih yang telah mengundi Perikatan Nasional. Tidak dilupakan juga anak-anak Kedah di perantauan yang berkorban untuk pulang mengundi PN.”

“Majoriti rakyat Kedah telah membuat pilihan untuk sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil. Semoga Kerajaan yang bakal dibentuk di peringkat Pusat, dapat merealisasikan hasrat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Loading...
Terkini