comscore
Tumpuan :
Politik

PN serah 115 SD kepada Istana Negara

Kenderaan yang membawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di pintu 2 Istana Negara. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata gabungan itu telah menyerahkan dokumen mengandungi akuan berkanun daripada 115 Ahli Parlimen kepada Istana Negara, semalam.

Muhyiddin berkata, dokumen itu dihantar secara dalam talian dan pihaknya juga sudah menerima akuan penerimaan daripada Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Sebab itu kami yakin kami dapat membentuk kerajaan tapi maklumlah bila saya menghadap tadi, dikatakan ini tidak cukup.

“Saya tidak tahu apakah sebab di sebalik itu tapi buktinya ada di sini,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.

Beliau turut menunjukkan surat akuan penerimaan dokumen daripada Istana Negara.

 

Loading...
Terkini