comscore
Tumpuan :
Politik

Politik ‘nomad’ pembangkang hanya untuk kelangsungan diri, parti

Oleh Kumaran Rajamoney

KUALA NERANG: Budaya politik secara nomad yang ditonjolkan parti pembangkang didakwa hanya untuk kelangsungan politik parti dan diri sendiri.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata perpindahan kawasan yang diwakili setiap kali pilihan raya menjadikan seseorang wakil rakyat jauh dari rakyat yang diwakilinya.

Malah, ada dikalangan pemimpin pembangkang yang sudah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri tapi mencuba nasib menjadi calon Parlimen di kawasan yang beza jaraknya sehingga ratusan kilometer.

“Macam mana pemimpijn itu hendak beri tumpuan kepada masyarakat yang diwakili? Langkah ini tidak lebih dari usaha untuk memperkukuhkan kedudukan diri dan parti semata-mata.”

“Wakil Barisan Nasional dikenali bertanding di sesuatu kawasan, dan mencurahkan khidmat sehingga bersara. Malah, ada pemimpin yang terus menyumbang bakti meskipun tidak dipilih menjadi wakil rakyat.” katanya.

Tindakan perpindahan pimpinan pembangkang ini juga juga membuktikan mereka tidak mempedulikan masalah rakyat.

“Cara mereka sebelum ini adalah menyalahkan kerajaan BN kerana kawasan diwakili tidak ada pembangunan sewajarnya. Hakikatnya, mereka tidak memperuntukkan masa yang cukup di kawasan Parlimen bagi mendengar masalah rakyat dan menyelesaikannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian penutup Mini Karnival Usahawan Desa di sini, hari ini.

Pencalonan parti politik sejak akhir ini, menyaksikan penghijrahan nama-nama pimpinan politik besar terutamanya dari Pakatan Harapan (PH) ke kawasan parlimen lain sebagai strategi untuk memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ini termasuk Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berpindah dari Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan ke Tambun di Perak.

Loading...
Terkini