comscore
Tumpuan :
Politik

Politik Pahang rintis lembaran baharu

Oleh Fazli Ahmad

KUANTAN: Pakatan Harapan Pahang menjunjung kasih atas perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah melantik Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua.

Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari berkata berharap dengan pelantikan Datuk Seri Wan Rosdy membuka lembaran baharu untuk memastikan negeri itu kekal maju dan makmur pada masa depan.

Katanya, rundingan antara PH dan Barisan Nasional (BN) bermula sebaik keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diperolehi 19 November lalu.

“Ini berasaskan semangat saling mempercayai di antara satu sama lain dan demi kepentingan rakyat negeri Pahang,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Datuk Seri Wan Rosdy dikurniakan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan menteri besar di Istana Abu Bakar, Pekan hari ini.

Kerajaan Pahang dibentuk hasil kerjasama dan sokongan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH selepas BN memenangi 16 kerusi membolehkan gabungan dua parti itu menguasai 24 kerusi DUN Pahang.

Pembentukan Kerajaan Pahang tergantung sejak PRU-15 selepas tiada parti meraih majoroti mudah 22 daripada 42 kerusi DUN Pahang.

Loading...
Terkini