comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Politik stabil dan dasar jelas faktor AWS melabur di Malaysia – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Pentadbiran politik stabil dan dasar yang jelas dalam negara menjadi faktor utama Amazon Web Services (AWS) memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata pelaburan AWS bernilai RM25.5 bilion menjelang tahun 2037 memberi dampak yang tinggi kerana ia menambah keyakinan pelabur luar terhadap negara.

“AWS dipelawa oleh banyak negara Asean dan memilih Malaysia, bermakna ia menambah keyakinan dan memangkin kemasukan beberapa pelabur baharu dari barat dan timur.

“Ini (pelaburan AWS) juga memberi peluang kepada perniagaan tempatan kerana ia melibatkan pendekatan yang lebih canggih iaitu cloud (awan) yang berpangkalan di Malaysia,” kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) berhubung implikasi pelaburan AWS dan Tesla serta perancangan kerajaan bagi memastikan lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi masuk ke Malaysia. — BERNAMA

Loading...
Terkini