comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Port Dickson tetap di hati’ -Ahmad Idham mengundi di SK Teluk Kemang

PORT DICKSON: Pelakon dan Pengarah Filem, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri membuat kejutan apabila muncul mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kemang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 di sini tadi.

Dr Ahmad Idham yang tiba pada jam 12.45 tengahari bersama anak sulungnya pernah menggemparkan dunia politik apabila bertanding di Parlimen Port Dickson mewakili parti Pejuang dalam PRU15 lalu.

Dia dilihat kelihatan ceria melayani peminat untuk bergambar termasuk petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, dulu dia tidak sempat mengundi ketika bertanding mewakili Parti Pejuang di Parlimen Port Dickson kerana ketika itu daftar pengundinya di Kuala Lumpur.

“Permohonan saya mengundi di Port Dickson baru sahaja diluluskan kerana saya ada rumah di Port Dickson dan menbuktikan saya serius mahu menyumbang untuk penduduk Port Dickson.

“Walaupun sekarang saya sedang sibuk dengan pengambaran filem yang saya arahkan sendiri namun tetap datang ke Port Dickson menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat,” katanya ketika ditemui di SK Teluk Kemang.

Katanya, dia sukakan Port Dickson dan menbuktikannya dengan menukar alamat mengundi di kediamannya di sini.

“Port Dickson tetap dihati saya kerana di sini banyak pengalaman sepanjang bertanding dalam PRU15 lalu dan dalam masa yang sama berkhidmat kepada anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) di sekitar Port Dickson.

Loading...
Terkini