comscore
Tumpuan :
Politik

PRK DUN Mahkota: Ahmad Zahid mendoakan kemenangan Syed Hussien

Ahmad Zahid bersama komuniti Orang Asli selepas Program Tautan Kasih di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh, di sini, semalam.- Foto: NSTP

Oleh: Syafiqah Damanhuri

KLUANG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendoakan kemenangan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri PRK DUN Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah.

“Mudah-mudahan tinggal berapa jam lagi untuk (mengundi) esok 8 pagi orang Mahkota jangan lupa calon nombor 1.

“Orang kata dia ada kes jenayah. Tadi saya bersama dengan Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar dan beliau telah memberitahu saya bahawa calon ini tidak pernah ada kes jenayah dan tidak pernah ada kes mahkamah, tak ada dan tidak pernah pun ada pertuduhan.

“Justeru, kita doakan sama-sama doakan mudah-mudahan, Syed Hussien insyaAllah akan menang di PRK DUN Mahkota ini dengan majoriti yang Allah SWT berikan yang terbaik,” katanya.

Syed Hussien berentap dalam persaingan satu lawan satu bersama calon Perikatan Nasional Mohamad Haizan Jaafar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan seramai 61,397 pengundi biasa, layak menunaikan tanggungjawab mereka esok.

Sehubungan itu, pihaknya membuka 20 pusat mengundi dengan 109 saluran pada hari pengundian, dengan jumlah petugas terlibat pada PRK seramai 1,126 orang.

Untuk rekod, ini adalah PRK ke 10 selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 yang sebelum ini menyaksikan PRK Parlimen Kuala Terengganu PRK DUN Simpang Jeram dan PRK Parlimen Pulai, PRK DUN Pelangai, PRK DUN Jepak, PRK Parlimen Kemaman dan PRK DUN Kuala Kubu Baharu, PRK DUN Sg Bakap dan PRK DUN Nenggiri

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini